BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

Wednesday, February 9, 2011

ZAHRAH de Tigris

ZAHRAH de Tigris.... i love this novel so much!! Why??  Sebabny  novel nie m’ceritakan tntang bgaimana khidupan seorang gadis yg berada di sebuah negara bergolak seperti IRAQ..! ermmm sbnrny sy nk ceritakan tntang satu kisah y ada dalam novel nie....cerita nie sy copy and paste dr novel nie..
Tarikh : 14 februari. Hari menyambut kekasih atau Valentine’s Day
Hari sambutan memperingati kekasih. Bagi perempuan pada 14 februari nie mendapat bunga  dan coklat bermaksud, pghargaan ksih sygny drpd org y dcintai.  Bagi lelaki plk, biasalah sggup b’hbis duit utk m’beli bunga, coklat n klu bole siap bwat candle light dinner kat tmpat2 y romantik lg...
            Sekarang cuba bayangkan ini pula.
Tarikh: 13 februari, thun 1991 bersamaan 28 rejab 1411
Tempat: Amiriyah, Iraq
Waktu: Malam menjelang hari memperingati kekasih
Ketika itu, suasana gembira dalam duka. Masih lagi dalam suasana menyambut hari kebesaran Israk dan Mikraj dalam pperangan. Perang teluk. Tapi, alah bisa tegal biasa. Bukan tidak pernah mereka menyambut hari kebesaran dalam perang. Menyambut kegembiraan dalam kedukaan bukan perkara asing bagi rakyat Iraq.  Bulan Rejab dianggap mulia kerana banyak peristiwa bersejarah dicatat dalam bulan ini.  Sedangkan Baginda Rasulullah S.A.W  juga mengharamkan pertumpahan darah dalam bulan ini.  Seperti yang kita sedia maklum, peristiwa besar bulan Rejab sudah pasti Israk dan Mikraj.  Cuma thun itu, mereka tidak menyangka sambutan hari kebesaran umat Islam ini bakal berakhir dengan tangisan.  Dan sejarahnya akan terus terpahat di hati dan sanubari setiap seorang rakyat Iraq di bumi bertuah ini.
            Tahun itu, penduduk Amiriyah bercadang hendak menyambut hari Israk dan Mikraj bersama-sama, tapi keadaan tidak mengizinkan mereka bergembira.  Bagaimana nanti kalau bom meletup? Mesti mereka akan bertempiaran lari.  Mungkin akan ada yang mati. Ah! Tak boleh jadi, mereka harus mencari jalan untuk selamat dan menyambut kegembiraan bersama-sama.  Dan kalau boleh, biarlah tahun ini perayaan dapat disambut secara lebih meriah lagi.
            Akhirnya semua penduduk Amiriyah telah bersepakat untuk menyambutnya di sebuah tempat perlindungan bawah tanah.  Bukan sahaja tempat itu kebal, luas dan selesa tetapi tempat itu juga cukup kelengkapan untuk mereka berlindung.  Bukankah lebih baik bersama-sama sanak saudara, adik beradik dan rakan-rakan di sana?  Sang suami juga sudah sepakat.  Biarlah kaum wanita dan kanak-kanak sahaja yang bergembira, kerana mereka sudah cukup menderita.
            Lagipun wlaupun tmpat itu luas, tetapi tempat itu tdk dapat menampung kehadiran kaum llaki sekali. Biarlah isteri dan anak-anak tersayang berkumpul bersama-sama. Siapa lagi yang lebih gembira kalau bukan kanak-kanak? Mesti mereka suka dapat mengutip gula-gula dan makan coklat bersama-sama rakan-rakan sepermainan. Biarlah hanya satu malam mereka berpisah. Pasti esok mereka dapat bersama kembali, bukan?
            Selepas mengucap selamat tinggal pada anak-anak yang terlompat-lompat kegembiraan dan mengusap  pipi isteri-isteri yang mengusung dulang-dulang berisi teh serta manisan, mereka mengucapkan selamat tinggal dan berjanji untuk menjemput keluarga masing2 keesokan harinya.  Seronoknya kaum wanita tidak terhingga .  Buat pertama kalinya mereka dapat ‘bebas’ daripada suami-suami masing-masing.  Ada yang bergosip, ada juga yang berkonsi rahsia.  Yang remaja seronok bercerita tentang satu perasaan aneh di hati mereka.  Rupanya mereka baru mengenal cinta.  Ah!  Indah sungguh dunia ini apabila wajah si dia dapat ditatap setiap hari! Si ibu hanya tersenyum melihat gelagat anak-anak mereka. Yala, bukan senang hendak dapat keizinan keluar rumah dan berkumpul ramai-ramai macam ni! Peluang yang diberikan mesti digunakan sebaiknya!
            Istikan yang berisi teh panas sering bertukar tangan. Kanak-kanka dengan rakus mencuri gula-gula dan coklat lalu disumbat ke dalam mulut.  Pinggan-pinggan segera berisi timen al quzi, nasi berempah bercampur kekacang dan daging segera dihidangkan.  Mereka sangat gembira.  Lagipun tempat perlindungan itu luas dan dindingnya tebal.  Kain-kain tebal buat alas tidur sudah tersedia dan akan dihampar apabila mata masing-masing sudah kuyu.
Keadaan di dalam bilik luas itu memang selesa, apatah lagi di bahagian atas terletak bolong angin untuk pengudaraan, manakala di bahagian bawah adalah tangki air untuk bekalan air serta pemanasan.  Di bawah sekali terletak tangki gas propana untuk sumber bahan api.  Mereka mungkin terasa seperti berada di rumah sendiri.
Dinihari, keadaan sudah sunyi sepi.  Masing-masing enak diulit mimpi-mimpi indah. Tiada siapa yang sedar apa yang berlaku di luar sana.  Hujan peluru dan ledakan bom langsung tidak kedengaran. Namun, apabila jam berdenting empat kali, segala-galanya berubah.
Dentuman kuat membuatkan mereka terjaga dari tidur.  Siling konkrit  di atas mereka tiba-tiba runtuh.  Ramai yang meraung ketakutan apabila melihat ketulan-ketulan batu besar menimpa mereka.  Jeritan mereka bertukar menjadi ngongoian dan raungan kesakitan, malah ada yang terhenti sama sekali.  Keadaan menjadi huru-hara.  Yang tidak tertimpa batu-batuan segera mencari dan menyelamatkan diri.  Dalam hati masing-masing bertanya ‘apa yang telah terjadi?’
Dalam keadaan yang kelam kabut dan hujan debu itu, mereka mendongak ke atas.  Sebuah peluru berpandu telah dilancarkan ke arah tempat perlindungan mereka.  Peluru bunker buster telah menyebabkan lubang besar di bahagian atas. 
Yang selamat terpinga-pinga melihat mayat-mayat yang bergelimpangan.  Suasana bertambah hingar-bingar dengan jerit pekik meminta tolong, ngongoian ibu yang kehilangan anak dan anak menangis kerana tidak tahu ibu di mana.  Mereka mula berlari unutk membuka pintu, tapi terhalang oleh orang yang ramai di dalam bilik tersebut.  Ada yang terjatuh tersadung ketulan konkrit atau pun mayat yang terbaring.  Habuk-habuk tebal telah mula memenuhi ruang.  Mereka terbatuk-batuk dan udara terasa tersekat di kerongkong.  Mana udara? Rupa-rupanya sistem pengudaraan mereka terhenti. Bolong angin telah rosak.
Beberapa orang cuba membuka pintu tapi gagal. Apalah kudrat mereka sebagai wanita untuk menolak buka pintu yang berlapis tebal.  Lagipun, disebabkan serangan peluru berpandu, pintu-pintu di tempat perlindungan terkunci secara automatik.  Mereka terperangkap di dalamnya.
Sedikit demi sedikit, keadaan di dalam tempat perlindungan menjadi panas. Dan semakin panas. Tangki gas propana mula terbakar, air tangki juga turut mendidih menjadikan tempat perlindungan sebuah ketuhar dan stim sekaligus.  Raungan kanak-kanak yang kepanasan semakin kuat.  Ibu-ibu cuba mengetuk dinding dan pintu dengan harapan ada sesiapa yang di luar dapat mendengar mereka. Sayang, tiada siapa yang tahu apa yang berlaku di dalam tempat perlindungan.
Sang suami yang berlindung di bawah katil di rumah akibat ketakutan dek hamburan bom-bom yang meledak sana-sini.  Mereka bersyukur anak dan isteri berada di dalam tempat perlindungan kerana hujan bom di luar maha hebat lagi.  Sekurang-kurangnya mereka selamat di bawah tanah.  Bunyi letupannya bak halilintar dan kuasanya menggegarkan bumi.
Di dalam tempat perlindungan, ketukan di pintu menjadi semakin lemah. Ada yang terduduk sambil memeluk anak-anak masing-masing. Ada yang batuk-batuk dek habuk yang menebal. Kepanasan sudah mencecah hampir 50 darjah Celcius dan suhu semakin meningkat.  Peluh sudah membasahi badan dan sedikit demi sedikit titik-titik peluh turut hilang dibakar haba yang semakin menggila.  Tiada apa yang boleh mereka lakukan sekarang. Hanya Allah tempat mereka berlindung.  Daripada Allah  kita datang, kepada Allah kita kembali. Semoga Allah ampunkan dosa-dosa kami!  Ya Allah!
Lebih kurang 400 wanita dan kanak-kanak terbunuh dalam kejadian tersebut.  Mayat-mayat mereka hanya dijumpai setelah matahari tegak memanaskan bumi.  Keadaannya sungguh dasyat.  Ada yang rentung sehingga sukar untuk dikenali. Hanya cebisan pakaian dan sedikit barang kemas menjadi pengenalan diri.  Ramai yang meraung melihat keadaan tersebut.  Ramai yang menyesal tidak sudah kerana menghantar anak, isteri, adik dan saudara perempuan mereka ke tempat perlindungan tersebut.
Tapi, siapa sangka tempat perlindungan itu menjadi mangsa bom? Siapan sangka bilik  perlindungan yang kebal tidak mampu menahan bom? Siapa yang mahu disalahkan?  Salah siapa sebenarnya? Siapa yang akan dipertanggungjawabkan di atas kematian mereka? Kematian yang sebegitu!