BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

Sunday, July 24, 2011

aSaL kiTa~

Manusia itu lahir daripada setitis air. Tanpa Tuhan, air itu sangat hina dan lemah. Kemudian mulia kerana diangkat menjadi khalifah. Dari setitis air itu, menjadi seketul daging. Dari seketul daging menjadi segumpal darah. Dari segumpal darah itu lahirlah manusia. Mulia pada takwa bukan pada bangsa atau keturunannya. Maka sebab itu, Tuhan jadikan manusia berkelompok, berbangsa-bangsa untuk saling mengenal bukan untuk berseteru dan berselisihan kerana ketaksuban. Firman Allah dalam surah al-HUjurat ayat 13, bermaksud “ Hai manusia, sesungguhnya kami ciptakan kamu daripada seorang lelaki dan seorang perempuan dan kami menjadikan kamu berbangsa-bangsa dan bersuku-suku supaya kamu saling mengenal. Sesungguhnya orang yang paling mulia antara kamu di sisi Allah ialah orang yang paling takwa antara kamu. Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui lagi Mahateliti”